Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Beserta Gaji. Sekiranya anda adalah lepasan Diploma/ STP/STPM/ STAM/ HSC yang sedang mencari pekerjaan. Cubalah memohon jawatan Penolong Pegawai Pembangunan MasyarakatS29. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 termasuk jadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 SPA
Berikut merupakan deskripsi tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 buat panduan dan rujukan pemohon jawatan kosong ini.
- Menyediakan khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Juga mengawasi,memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Selain itu, mengurus pertolongan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.
- GAJI MINIMA : RM 1,493.00
- GAJI MAKSIMA : RM 5,672.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. Mempunyai kewarganegara Malaysia;
- b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,493.00); atau - Diploma dalambidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S29 iaitu RM1,770.95)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Bahasa Melayu :
- Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik mengenai Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi kriteria di perenggan 1 (c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- Had usia pelantikan:
- berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 55 atau 56 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 58 tahun; atau
- berumur tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada usia 60 tahun.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang di SPA dan diucapkan semoga berjaya.