Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 SPA Dan Tangga Gaji. Adakah anda berkelulusan peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil? Sekiranya anda berkeinginan untuk memohon kerja yang berkaitan dengan elektrikal, jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai skop kerja atau Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Panduan buat mereka yang berkeinginan untuk memenuhi kekosonganjawatan kerajaan sebagai Penjaga Jentera Elektrik Gred J19. Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaanmelalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.
Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 Dan Gaji
Berikut merupakan deskripsi tanggungjawab seorang Penjaga Jentera Elektrik Gred J19.
- Bertugas menjalankan skop kerja penyenggaraan serta operasi terhadap sistem pemasangan elektrik dengan memastikan tatacara atau prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan
Jadual Gaji Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penjaga Jentera Elektrik Gred J19.
- GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan (Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- c) Syarat sijil;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Juga minimum Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji awal bermula pada Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:- A0/A1 : RM1,435.12
- A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
- B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Juga minimum Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan dengan kelayakan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
- Bagi Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah, mereka layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- memenuhi kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan
- berumur tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 55 atau 56 tahun; atau
- berumur tidak lebih dari 56 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 58 tahun; atau
- berumur tidak lebih dari 58 tahun pada tarikh lantikan untuk pegawai yang wajib bersara pada umur 60 tahun.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.