Deskripsi Tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja dalamsektor perkhidmatan awam (SPA)? Pernahkah anda mendengar tentang jawatanPemeriksa Kilang dan Jentera? Apakah anda tertanya-tanya apakah dia deskripsi tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 beserta tangga gajinya? Sekiranya begitu, kami ada jawapannya di sini. Jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan dalamIjazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 secara rasmi, pemohon bolehlah melakukan pendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 Dan Gaji
Secara asasnya, seorang Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Maklumat jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Sumber Manusia
Jadual Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
- Gaji Minimum : RM2,529.00
- Gaji Maksimum : RM9,643.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41;
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,529.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
- i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
- ii. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b)
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 beserta gaji ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua.