Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar SPA Dan Gaji. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, jawatan Pembantu Veterinar atau PenolongPegawai Veterinar mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.
Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar
Pembantu Veterinar
Tanggungjawab Pembantu Veterinar adalah:
- Bertugas melaksanakan kerja-kerja pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan. Juga menjalankan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, menyediakan khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan dan pelbagai tugas lain yang berkenaan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
Penolong Pegawai Veterinar
Tanggungjawab Penolong Pegawai Veterinar adalah:
- Bertugas mengurus serta mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) serta Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.
- Bertugas mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkenaan pertolongan Jabatan, melaksanakan aktiviti pembangunan dan pemantauan industri ternakan. Juga melakukan aktiviti pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkenaan hal veterinar kepada pelanggan Jabatan.
- Bertugas membantu Pegawai Veterinar melakukan survelen kawalan penyakit haiwan ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan menjalankan penyelidikan haiwan. Juga melaksanakan aktiviti pembiakbakaan ternakan serta bertugas melakukan aktiviti pelalian penyakit ternakan, dan pensampelan untuk kajian penyakit.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Pertanian atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jadual Gaji Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar adalah seperti di bawah.
Gred G29:
- GAJI MINIMUM : RM 1,494.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5,674.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 145.00
Gred G19:
- GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
Syarat Lantikan Ke Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00); atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,357.00). - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,413.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G19 iaitu RM1,469.80).
Syarat Lantikan Ke Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
- Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,494.00); atau - diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred G29 iaitu RM1,923.06).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian jawatan Pembantu Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar ini dapat membantu para pemohon. Selamat memohon dan semoga berjaya.