Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 SPA Serta Gaji. Jika anda berkelulusan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil, jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai Tugas Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindak dengan segera.
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19
Antara tanggungjawab Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 adalah seperti berikut:
- Bertugas menghasilkan fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam berkenaan tarikh-tarikh perbicaraan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri
Jadual Gaji Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,35.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred L19 iaitu RM1,355.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred L19 iaitu RM1,411.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred L19 iaitu RM1,467.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.