Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 SPA Dan Tangga Gaji. Berminat untuk memohon kerja kerajaan yang berkaitan dengan pentadbiran? Jika anda berkelulusan peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil, jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 mungkin sesuai untuk anda. Berikut disediakan Senarai skop kerja atau Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 termasukjadual gajiminimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Panduan buat mereka yang berkeinginan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagaiPembantu Tadbir Kewangan Gred W19. Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.

Tugas Pembantu Tadbir Kewangan

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 di sektor perkhidmatan awam :

  • Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan menolong pihak pengurusan atau penyelia dalam kerja-kerja seperti berikut:
    • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
    • Mengurus serta mengawal peruntukan.
    • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
    • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
    • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Jadual Gaji Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 adalah seperti di bawah.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
  • KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19.

  • Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
    • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
    • Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,353.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,409.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80).
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred W19 iaitu RM1,465.80).
  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber:SPA

Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga rezeki berpihak kepada anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives