Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19. Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 adalah salah satujawatankerajaan untuk lepasan SPM/ SVM/ SKM danSijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Syariah Gred LS19untuk panduan semua. Juga dikongsikan jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Buat mereka yang berminat mengisi jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Untuk makluman, terdapat 11 kekosongan jawatan di Jabatan Kehakiman Malaysia yang diiklankan di Portal Rasmi SPA dimana tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPA.
Senarai Tugas Pembantu Syariah Gred LS19
Berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19
Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Pembantu Syariah Gred LS19
- GAJI MINIMUM : 1,355.00
- GAJI MAKSIMUM : RM RM4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00
Syarat Lantikan Pembantu Syariah Gred LS19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. 1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sumber SPA
Selamat membuat permohonan jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19. Semoga anda berjaya.