Skop Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 Dan Gaji SPA. Anda berminat untuk memasuki sektor perkhidmatan awam atau kerajaan? Jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon jika anda adalah seoranglepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 termasuk maklumat jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Mereka yang ingin mengisi jawatan kosong Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan daftarlah secepat mungkin. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 Dan Gaji
Berikut merupakan tanggungjawab seorang Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.
- Bertugas mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pentadbiran atau kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.
- GAJI MINIMUM : RM 1,360.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan (Deskripsi Tugas Pembantu Pertahanan Awam)
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a) Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- c) Syarat sijil;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya . (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
- bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat tidak kurang dari Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya. Juga telah disahkan dalam jawatan tersebut. Mempunyai rekod perkhidmatan yang elok dan mampu bercakap, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
- Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(1), 1(c)(3) atau 1(c)(4) mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Syarat fizikal:
- tinggi tidak kurang dari 1.57 meter untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa bersepatu;
- berat badan tidak kurang dari 48 kilogram untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki 79 sentimeter atau lebih ukuran dada yang biasa serta 84 sentimeter sewaktu menghela nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai kaca mata;
- mengenali warna dan bunyi dengan baik; dan
- diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian gaji dan deskripsi tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.