Deskripsi Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 SPA Serta Gaji. Ingin mencari pekerjaan? Sekiranya kerja kerajaan menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang layak dipohon bagi golongan lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan online melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
Berikut dikongsikan Senarai Tugas seorang Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Antara tanggungjawab Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 adalah seperti berikut:
- Bertugas mendaftarkan mereka yang sedang mencari kerja, memberi nasihat atau bimbingan kaunseling berkenaan peluang pekerjaan, memperbaharui pendaftaran dan menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan kepada para majikan yang mendaftar. Selain itu, melakukan lawatan kemajuan buat majikan-majikan atau perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Sumber Manusia
Skop Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penerbitan Gred N19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 dapat memberi input tentang skop kerja dan gaji pemegang jawatan ini. Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon.