Senarai Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 SPA Beserta Tangga Gaji. Adakah anda berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan berkaitan dengan kesihatan? Sekiranya anda berkelulusan peringkat PMR/ PT3, jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 mungkin akan menjadi pilihan anda. Berikut disediakan maklumat skop kerja atau Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 termasukjadual gaji minimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, anda perlu membuatpendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan bertindaklah dengan segera.
Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 di sektor perkhidmatan awam :
- Bertugas menolong menjalankan kerja-kerja asas berkenaan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan kerja-kerja lain yang seumpama dengannya.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,204.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 3,001.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred U11 iaitu RM1,204.00). - Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat memohon dan semoga berjaya kepada semua. Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini mampu menolong anda dalam membuat permohonan jawatan kosong.