Deskripsi Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19 SPA Beserta Gaji. Berminat mengendalikan hal berkaitan perancangan pembangunan dan pentadbiran negara? Jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19 mungkin dapat menarik minat anda. Jawatan ini adalah antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Untuk memohon jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran pekerjaan kerajaandengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera kepada yang berminat.
Deskripsi Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Di antara tanggungjawab seorang Pembantu Perangkaan Gred E19 adalah seperti berikut:
- Bertugas dalam menjalankan urusan berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perangkaan Malaysia
Skop Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Perangkaan Gred E19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,465.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga semua pemohon jawatan ini dipermudahkan urusan. Diharap agar perkongsian skop kerja dan gaji seorang Pembantu Perangkaan Gred E19 dapat sedikit sebanyak memberikan anda idea tugas seorang pemegang jawatan ini.