Deskripsi Tugas Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 SPA Dan Gaji. Panduan buatlepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
Antara tanggungjawab Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 adalah:
- Bertugas menolong Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam melakukan tugas-tugas soal-selidik, merekod serta mengumpul data-data. Juga menyelidik, menyemak data-data yang telah dikumpulkan dan menolong dalam penyediaan dan penerbitan laporan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Penerangan
Jadual Tugas Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred N19 iaitu RM1,464.80).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19. Semoga segala urusan dipermudahkan.