Deskripsi Tugas Pembantu Penilaian Gred W19 SPA Dan Gaji. Berminat untuk menjadi sebahagian daripada wargakakitangan awam? Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Penilaian Gred W19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Penilaian Gred W19 termasukjadual gaji minimum/maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Penilaian Gred W19, anda boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pembantu Penilaian Gred W19
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Penilaian Gred W19.
- Mendapatkan arahan dan melakukan penilaian harta tanah dan pentadbiran, mendapatkan arahan kerja informasi harta tanah, mendapatkan arahan serta melaksanakanlatihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya serta lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Penilaian Gred W19
Berikut merupakan jadual gaji minima/maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penilaian Gred W19.
- GAJI MINIMA : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMA : RM 4,005.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan Pembantu Penilaian Gred W19
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Penilaian Gred W19.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred WK19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred WK19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred WK19 iaitu RM1,465.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon bagi lantikan mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya .
Sumber SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas dan gaji Pembantu Penilaian Gred W19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan selamat maju jaya.