Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 SPA Dan Gaji. Anda memiliki kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil dan berminat untuk bekerja sebagai anggota kastam? Jika begitu, jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 mungkin dapat menarik minat anda.
Bagi yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ini perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Anda boleh mendaftar sepanjang masa secara atas talian atau online. Di sini disediakan Senarai Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 beserta jadual gajiminimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan sebagai rujukan.
Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Dan Gaji
Tugas seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 adalah seperti berikut.
- Bertugas melakukan pemeriksaan terhadap barangan yang diimport atau eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar atau masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar atau masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan dan kilang-kilang eksais. Juga melaksanakan kerja-kerja juruwang dan pungutan duti, melakukan kerja-kerja pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal atau kenderaan dan menolong dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran biasa.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kastam Diraja Malaysia
Jadual Gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Maklumat gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Antara kelayakan untuk menjadi seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 adalah.
- Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred WK19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal ialah pada Gred WK19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal ialah pada Gred WK19 iaitu RM1,465.80).
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya. Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber SPA
Selamat memohon kepada semua yang berminat. Diharap agar maklumat deskripsi tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ini dapat membantu dalam membuat permohonan.