Deskripsi Tugas Pembantu Pemuliharaan Gred S19 Beserta Gaji. Berita baik buat lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Pembantu Pemuliharaan Gred S19 merupakan di antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Pemuliharaan Gred S19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Pemuliharaan Gred S19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pembantu Pemuliharaan Gred S19
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pembantu Pemuliharaan Gred S19 :-
- Melaksanakan tugas-tugas membaik pulih dan memulihara (termasuk urusan penjilidan) setiap rekod kerajaan dalam pelbagai bentuk. Antaranya buku fail, peta, pelan, manuskrip, surat perjanjian, watikah, gambar dan seumpamanya.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaki Pembantu Pemuliharaan Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pemuliharaan Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pemuliharaan Gred S19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Pemuliharaan Gred S19. Semoga permohonan anda untuk mengisi jawatan ini tercapai.