Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat jawatan buat mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat. Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Seterusnya dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 beserta dengan jadual gajiminimum/ maksimum. Juga, terdapat syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk.
Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, sangat dialu-alukan untuk mendaftar secepat mungkin.
Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Antara tanggungjawab Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah seperti berikut:
- Menolong serta memikul tanggungjawab dalam semua urusan berkaitan pemulihan kanak-kanak cacat, khidmat pemulihan akhlak dan sebagainya. Juga memikul amanah untuk memberi khidmat nasihat buat Pertubuhan Sukarela termasuk Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Skop Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Arkib.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dapat memberi anda idea akan skop kerja dan gaji seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat.