Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 SPA Dan Gaji. Sekiranya anda berminat untuk menceburi sektor awam/ kerajaan (SPA), jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 mungkin sesuai untuk anda. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil sekiranya ingin dipohon.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i online di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, jangan membuang masa dan daftarlah dengan segera.
Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
Berikut adalah Senarai Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 merangkumi:
- Memikul tanggungjawab dalam mengajar secara teori dan praktikal dalam mana-mana satu bidang termasuk penyediaan makanan atau teknologi makanan atau pramusaji. Juga kapten dan penyelia makanan atau tukang jahit dan pemotong pakaian atau jahitan atau seni ukir perabot.
Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pegawai Latihan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian dalam mata pelajaran Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred E19 iaitu RM1,465.80)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian dalam mata pelajaran Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon bagi lantikan hendaklah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian jawatan kosong beserta deskripsi tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 ini dapat membantu para pemohon. Selamat maju jaya kepada semua.