Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19 SPA Serta Gaji. Mahu kerja kerajaan? Sekiranya bidang sains menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Makmal Gred C19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Makmal Gred C19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Berikut dikongsikan Senarai Tugas seorang Pembantu Makmal Gred C19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
- Iklanjawatan kosong Pembantu Makmal di Jabatan Kimia Malaysia (13 kekosongan), tarikh tutup pada 18 Mac 2018
Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19
Berikut merupakan tugas Pembantu Makmal Gred C19:
- Melakukan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, menolong menyelenggara kelengkapan analisis, penyediaan stok reagen dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diamanahkan oleh pegawai atasan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Makmal Gred C19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Makmal Gred C19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,357.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,008.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Makmal Gred C19.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,357.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,413.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred C19 iaitu RM1,469.80).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Kepada yang berminat untuk menjadi Pembantu Makmal Gred C19, usahlah berlengah lagi. Teruskan memohon dan semoga berjaya.