Deskripsi Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 SPA Serta Gaji. Sekiranya bidang sukan menarik minat anda, cubalah memohon jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19. Jawatan ini merupakan antara jawatan kerajaan yang memerlukan kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Kepada yang berkeinginan untuk memenuhi jawatan kosong Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 ini, mereka perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Deskripsi Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
Berikut merupakan tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S19:
- Menolong menjalankan acara-acara dan program di peringkat Kementerian/Negeri/Jabatan/Daerah yang berkaitan dengan belia dan sukan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Belia dan Sukan
Jadual Gaji Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Belia dan Sukan.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Kepada yang berminat untuk menjadi Pembantu Belia dan Sukan Gred S19, usah berlengah lagi. Teruskan memohon dan semoga berjaya.