Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19 SPA Beserta Gaji. Menjadi sebahagian kakitangan awam adalah impian ramai orang bekerjaya di Malaysia. Berminat untuk mengendalikan hal berkaitan khazanah negara tetapi hanya berkelayakan sijil atau SPM? Jawatan Pembantu Arkib Gred S19 mungkin dapat menarik minat anda. Jawatan Pembantu Arkib ini adalah antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Untuk memohon jawatan Pembantu Arkib Gred S19 secara rasmi, mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online. Digalakkan untuk mendaftar dengan segera kepada yang berminat. Berikut dikongsikan Senarai Tugas seorang Pembantu Arkib Gred S19 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19
Antara tanggungjawab Pembantu Arkib Gred S19 adalah:
- Bertugas mendapatkan, meneliti serta mendaftar bahan-bahan arkib yang diperoleh, mendaftar bahan-bahan arkib yang dikehendaki untuk dijadikan sumber pembelajaran, penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dipulangkan serta memastikan bahan-bahan arkib sentiasa tersusun dan terpelihara di dalam jagaannya.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Arkib Negara
Jadual Tugas Pembantu Arkib Gred S19
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Arkib Gred S19 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Arkib.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal bermula pada Gred S19 iaitu RM1,464.80).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber:SPA
Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan Pembantu Arkib Gred S19. Semoga segala urusan dipermudahkan.