Deskripsi Tugas/ Skop Kerja Pembantu Akauntan Gred W19. Anda seorang lepasan SPM dan hendak tahu apa skop kerja dan gaji seorang pembantu akauntan? Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang Akauntan. Jawatan Pembantu Akauntan Gred W19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Akauntan Gred W19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum serta kenaikan gaji tahunan. Selain itu, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.
Mereka yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Akauntan Gred W19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara online.
Deskripsi Tugas Pembantu Akauntan Gred W19
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Akauntan Gred W19 di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan di Malaysia.
- Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Pelbagai Kementerian dan Jabatan
Jadual Gaji Pembantu Akauntan Gred W19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Akauntan Gred W19
- GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Akauntan Gred W19:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. warganegara Malaysia;
- b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA
Semoga perkongsian tugas Pembantu Akauntan Gred W19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon jawatan ini. Moga anda berjaya dalam permohonan jawatan kosong pembantu akauntan dan seterusnya berjaya menyertai sektor perkhidmatan awam.