Senarai Tugas Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11 SPA Beserta Tangga Gaji. Sekiranya anda berkelulusan peringkatPMR/ PT3 dan berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan, cubalah memohon jawatan Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11. Berikut disediakan maklumat skop kerja atau Deskripsi Tugas Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11 termasukjadual gajiminimum dan maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosonganjawatan kerajaan sebagai Pemandu dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11, perlu membuatpendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA secara atas talian atau online. Bagi yang berminat, bertindaklah dengan segera dan penuhi kekosongan jawatan tersebut.
Deskripsi Tugas Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :
- Bertugas dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun segala jenis beban. Antaranya kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, worksyop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah. Contoh jentera pemunggah adalah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan.
(Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15).
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat memohon dan semoga berjaya kepada semua. Semoga perkongsian senarai skop kerja Pemandu Dan Operator Jentera Pemunggah Gred H11 ini mampu menolong anda dalam membuat permohonan jawatan kosong.