Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41SPA Beserta Gaji. Sekiranya berkerja dalambidang perubatanmenarik minat anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41. Jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkanpendaftaran pekerjaan di Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 termasukjadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Pegawai Pemulihan Perubatan adalah seperti berikut:
Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi)
- Bertugas melaksanakan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap untuk menilai tahap pendengaran pesakit serta memberi nasihat, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.
Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
- Bertugas melaksanakan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.
Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
- memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan “Piawaian Amalan Fisioterapi” merangkumi:
- – menjalankan penilaian terperinci
- – mengenal pasti masalah-masalah
- – merangka program rawatan yang bertepatan
- – melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa
- – memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk
- mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu: – merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem “Problem Oriented Medical Record”
- – merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian
- – menyediakan statistik perawatan/bilangan pesakit bulanan mengikut disiplin dan modality rawatan mengikut keperluan sistem maklumat perawatan perubatan
- mengambil bahagian yang proaktif di dalam rondaan wad dan mesyuarat klinikal khusus
- merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan
- memberi “supportive counseling” kepada pesakit dan penjaga
- menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi dari Koleh Fisioterapi dan lain-lain institusi semasa penempatan klinikal
- melibatkan diri di dalam sesi program “Continuos Professional Development” di peringkat Jabatan dan Hospital
- membantu dan melibatkan diri secara terus di dalamprogram penyelidikan
- Tugas Lain: Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
- menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya
- berhubung dengan anggota profesional kesihatan lain dan merancang aktiviti rawatan pemulihan pesakit
- menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobility, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian
- menjalankan lawatan ke rumah/tempat kerja/sekolah untuk memastikan pesakit dapat berfungsi dengan optima
- memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit
- memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit
- mengambil bahagian dalam konferens kes pesakit bagi membincangkan tahap kemajuan pesakit
- melaksanakan aktiviti kembalian pesakit ke pekerjaan (work resettlement) seperti latihan vokasional, terapi industri, bengkel terlindung dan penempatan kerja
- menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke rumah (home resettlement) termasuklah mencadangkan pengubahsuaian, susun atur perabut dan sebagainya
- menjalankan latihan skil sosial untuk meningkatkan kebolehan pesakit berinteraksi di dalam komuniti
- menggalakkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti senggang (leisure) dan sukan yang sesuai
- merekabentuk dan membuat alat-alat ortotik/splint untuk membantu kefungsian pesakit
- merekabentuk dan membuat pakaian tekanan (pressure garment) untuk pengendalian parut/keloid, edema dan lain-lain
- memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pihak yang berkenaan
- mengendalikan pusat harian untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah fiizikal dan psikososial termasuk pemantauan dan pengekalan kefungsian mereka
- mengendalikan kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit-pesakit saling berkongsi masalah mereka
- bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pesakit seperti SOCSO, Pembangunan Masyarakat dan sebagainya
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Pemulihan PerubatanGred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 ini dapat memberi manfaat.