Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19. Berminat untuk bekerja di Sektor Awam? Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang khidmat langsung. Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Selain itu, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.
Mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, sangat dialu-alukan untuk mendaftar secepat mungkin kerana pendaftaran adalah sepanjang masa secara atas talian.
Deskripsi Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 di Pelbagai Kementerian dan Jabatan
- Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Pelbagai Kementerian dan Jabatan
Jadual Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
- GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5701.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:
- i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- a. warganegara Malaysia;
- b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA
Semoga perkongsian tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat maju jaya.