Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 SPA Dan Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Pegawai KawalanAlam Sekitar Gred C41? Sekiranya anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD dan merasakan bahawa hal berkaitan alam sekitar menarik minat anda, maka jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan Syarat Lantikan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 yang memaparkan syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 : Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta deskripsi tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Secara asasnya, seorang Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Bertugas menjalankan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.
Jadual Gaji Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- GAJI MINIMUM : RM 2,317.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,620.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan Pegawai Kawalan Alam Sekitar
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM2,317.00); atau
- ijazah sarjana mudasains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM 2,420.23);
- ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred C41 iaitu RM 2,524.01).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Syarat Lantikan beserta gaji dan deskripsi tugas Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 ini dapat memberi manfaat.