Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Dan Gaji. Beminat untuk bekerja dalam bidang ketenteraan? Jika begitu, jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 mungkin dapat menarik minat anda. Jawatan kerajaan ini dapat dipohon jika anda memiliki kelayakan pada peringkat SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Bagi yang berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Anda boleh mendaftar sepanjang masa secara atas talian atau online. Senarai Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 beserta jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan telah disediakan sebagai rujukan.
Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Dan Gaji
Tugas seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah seperti berikut.
- Memikul tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja peringkat sokongan yang merangkumi Zon Maritim Malaysia dalam aspek penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di bawah undang-undang persekutuan; menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa; menjalankan tugas mencegah dan menyekat kelakuan jenayah; menghulur pertolongan dalam hal yang berkaitan dengan jenayah yang diminta oleh negara lain; melakukan pemantauan pantai dan udara serta menyediakan servis transportasi kepada pihak atau agensi yang memerlukan. Selain itu, tanggungjawab yang diamanahkan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal serta mencegah maritim daripada tercemar; mencegah dan menyekat narkotik daripada diedar secara haram. Pemberian perintah kerja yang ditugaskan akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia ketika darurat, bencana tertentu atau berlakunya peperangan.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jadual Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1
Maklumat gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,441.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,152.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 105.00
Syarat Lantikan
Antara kelayakan untuk menjadi seorang Laskar Kelas II Maritim Gred T1 adalah.
- Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya .
(Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,441.00); atau - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf.
(Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,441.00): atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,507.01); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji awal ialah pada Gred T1 iaitu RM1,573.02).
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang setaraf dengannya .
- Menepati standard sifat fizikal dan pancaindera seperti di bawah:
- ketinggian tidak kurang dari 1.63 meter untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan dalam keadaan tidak memakai kasut;
- mempunyai berat tidak kurang dari 50 kilogram untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
- memiliki bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- mempunyai saiz ukuran dada yang normal tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang dilakukan secara berasingan menggunakan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- mentafsir warna dan bunyi tanpa cela; dan
- telah menjalani pemeriksaan dengan pengamal perubatan berdaftar serta dipersetujui lulus untuk berkhidmat.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
SumberSPA
Selamat memohon kepada semua yang berminat. Diharap agar maklumat deskripsi tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ini dapat membantu dalam membuat perrmohonan.