Sekiranya bidang penerbangan atau aviation menepati cita rasa anda, cubalah memohon pekerjaan sebagai Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41. Berikut adalah deskripsi tugas Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 yang merupakan di antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 adalah seperti berikut:
Tugas Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41
- Membawa kapal terbang awam atau swasta, merancang, menyelia, menguji, mengubahsuai carta-carta penerbangan, mengambil foto dari udara, mengendalikan peperiksaan Juruterbang, mengeluarkan lesen Juruterbang, mengumpul maklumat penyelidik kerosakan dan kemalangan pesawat dan data-data teknikal semua pesawat terbang.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penerbangan Awam
Jadual Gaji Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 adalah seperti di bawah.
- Gred AT41
- GAJI MINIMUM : RM 2, 325.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 637.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
- Gred AT43
- GAJI MINIMUM : RM 3, 610.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 10, 511.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 250.00
- Gred AT47
- GAJI MINIMUM : RM 5, 210.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 11, 768.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 270.00
- Gred AT51
- GAJI MINIMUM : RM 5, 858.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 12, 448.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 290.00
- Gred AT53
- GAJI MINIMUM : RM 6, 181.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 13, 254.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 320.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrumen Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan. Juga memiliki sekurang-kurangnya 500 jam pengalaman penerbangan sebagai Pilot in Command atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00); atau
- Kategori C – Captain Transport Aircraft dengan memiliki pengalaman penerbangan 750 jam dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,532.00); atau
- Lesen Penerbangan Komersil dan Instrument Rating (CPL/IR) dan 1500 jam penerbangan dan mempunyai 250 jam pengalaman pesawat Twin Engine atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.(Gaji awal bermula pada Gred AT41 iaitu RM2,756.88)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT43, AT47, AT51 ATAU AT53
Calon adalah layak mendapat pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT43, AT47,AT51 dan AT53, yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat kelayakan di perenggan 1 dan 2;
- memperolehi tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.(Gaji permulaan lantikan pada Gred AT43 : RM3,610.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT47 : RM5,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT51 : RM5,858.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred AT53 : RM6,181.00).
Sumber: Portal Rasmi SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian Tugas dan gaji Juruterbang Dan Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 ini dapat memberi manfaat.