Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19. Apakah skop kerja seorang Juruteknik komputer di Sektor perkhidmatan awam? Kepada yang berminat untuk memohon pekerjaan sebagai Juruteknik Komputer, antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil adalah Juruteknik Komputer Gred FT19. Berikut merupakan Senarai Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Sekiranya berminat, jawatan sebagai Juruteknik Komputer Gred FT19 ini boleh dipohon dengan pemohon membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepenuh masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Juruteknik Komputer Gred FT19.
- Bertugas menjalankan penyelenggaraan sistem komputer. Antaranya termasuk penyelenggaraan pencegahan dan menyelenggara kelengkapan komputer. Selain itu, menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi komputer dan operasi sistem dalam sesebuah syarikat juga merupakan tanggungjawab seorang Juruteknik Komputer.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19.
- GAJI MINIMUM : RM 1,377.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Juruteknik Komputer.
- Calon untuk lantikan mestilah memenuhi kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,377.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan pengiktirafan oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred FT19 iaitu RM1,493.24).
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Calon untuk lantikan mestilah memenuhi kelayakan seperti di bawah:
- Calon perlulah memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang mendapat pengiktirafan Kerajaan.
Sumber SPA
Selamat perkongsian maklumat jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pemohon semua. Semoga anda berjaya menjawat jawatan yang diidamkan ini.