Deskripsi Tugas Dan Gaji Jurubahasa Gred LA19 SPA. Anda berminat untuk memasuki sektor perkhidmatan awam atau kerja kerajaan? Jawatan Jurubahasa Gred LA19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dimohon jika anda adalah seorang lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Jurubahasa Gred LA19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.
Mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Jurubahasa Gred LA19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, usah berlengah lagi dan daftarlah secepat mungkin. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Jurubahasa Gred LA19 Dan Gaji
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Jurubahasa Gred LA19.
- Sebagai penterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan bilik hakim, menjadi pencatat atau perekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, bertanggungjawab mengemaskini buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian atau Bulanan serta memastikan fail-fail kes dalam keadaan tersedia sebelum dihantar kepada hakim.
Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Jadual Gaji Jurubahasa Gred LA19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Jurubahasa Gred LA19.
- GAJI MINIMUM : RM 1,355.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 4,007.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Jurubahasa.
i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- A. kewarganegaraan Malaysia;
- B. berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Kelayakan Lantikan Ke Gred LA19
Jurubahasa Melayu atau Selain Bahasa Melayu
- C. 1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris.
(Gaji permulaan pada Gred LA19: RM1,355.00); atau - 2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred LA19: RM1,411.40); atau - 3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred LA19: RM1,467.80).
SumberSPA
Diharap agar perkongsian tugas dan gaji Jurubahasa Gred LA19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.