Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruaudio Visual Gred N19. Berminat untuk memohon jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19? Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruaudio Visual Gred N19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Jawatan Juruaudio Visual Gred N19 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil.
Mereka yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruaudio Visual Gred N19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat 10 kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Permohonan akan ditutup pada 17 Disember 2017.
Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N19
Berikut adalah deskrispsi tugas seorang Juruaudio Visual Gred N19.
- Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Juruaudio Visual Gred N19
Berikut adalah jadual gaji minimum/ maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruaudio Visual Gred N17.
- GAJI MINIMUM : RM1,352.00
- GAJI MAKSIMUM : RM4,003.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00
Syarat Lantikan Juruaudio Visual Gred N19
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan untuk menjadi Juruaudio Visual.
i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
A. warganegara Malaysia;
B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
C. 1. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
DAN
D. memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA
Semoga perkongsian senarai tugas Juruaudio Visual Gred N19 boleh dijadikan panduan buat para pemohonan jawatan ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya ditawarkan jawatan di sektor perkhidmatan awam kerajaan.