Bagilepasan PMR/ PT3 yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan Bentara Parlimen Gred N11 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11 termasuk jadual gajiminimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Bentara Parlimen Gred N11 boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerja kerajaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online dan boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11
Berikut adalah di antara tanggungjawab seorang Bentara Parlimen Gred N11 di sektor perkhidmatan awam :
- Bertugas menyediakan perkhidmatan kepada ahli Parlimen ketika dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota. Menjaga keselamatan dan disiplin ahli Parlimen serta pelawat-pelawat dalam dewan. Menolong menyusun buku-buku atau risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Selain itu, Bentara Parlimen turut menolong mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa dan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan. Juga melaksanakan kerja-kerja menyambut tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia yang terdiri daripada tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Jadual Gaji Bentara Parlimen Gred N11
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Bentara Parlimen Gred N11 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 1,216.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,983.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 80.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Bentara Parlimen Gred N11.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji awal bermula pada Gred N11 iaitu RM1,216.00).
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Bentara Parlimen Gred N11 ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan jawatan kosong. Selamat memohon dan semoga dipermudahkan segala urusan.