Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Sekiranya anda sudah berjaya membuat permohonan kerja kerajaan dan bakal menghadiri sesi temuduga, pasti anda mahu memberikan first impression yang bagus terutamanya dari segi pemakaian. Berikut dikongsikan tips berpakaian semasa temuduga kerajaan atau sektor swasta.

Rata-rata calon yang hadir temuduga sudah tentu telah membuat persiapan yang rapi untuk memastikan mereka layak mendapat tempat dalam jawatan yang dipohon. Namun begitu, ada segelintir calon yang kurang memberi perhatian terhadap penampilan atau imej diri yang perlu diutamakan ketika sesi temuduga kerajaan.

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Berikut dikongsikan tips cara pemakaian yang sesuai semasa temuduga kerja kerajaan :

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Lelaki

  1. Untuk lelaki sesuai pakai baju kemeja tidak terlalu mengikut potongan badan, jangan terlalu longgar dan jangan terlalu ketat. Warna kemeja juga hendaklah warna yang cerah dan lembut.
  2. Calon perlu memilih jaket yang berwarna gelap contohnya hitam dan biru gelap yang sesuai untuk sesi temuduga.
  3. Bagi lelaki perlu memakai seluar slack yang sesuai digayakan mengikut berat badan anda. Warna yang disarankan adalah warna gelap dan berpadanan dengan kemeja anda.
  4. Pemilihan tali leher juga perlu diambil kira dengan warnanya yang perlu dipadankan bersama baju yang dipakai. Sebaiknya warna tali leher lebih gelap daripada baju kemeja yang dipakai ketika anda hadir ke sesi temuduga.
  5. Kasut yang dipakai perlu dipadankan dengan seluar dan pastikan warna gelap.

Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA

Tips Memilih Pakaian Temuduga Bagi Wanita

  1. Bagi wanita muslim disyorkan memakai Baju Kurung yang tidak ketat, tetapi anggun dan menutup aurat. Untuk tudung, pakailah tudung yang formal dengan warna yang tidak terlalu menonjol.
  2. Untuk warna baju, pastikan untuk memilih warna yang tidak kelihatan terlalu menonjol dan terang. Contoh warna baju yang sesuai misalnya adalah ungu gelap, kelabu, coklat, putih dan biru gelap.
  3. Sekiranya hendak memakai pewangi, gunakanlah yang berbau sederhana dan tidak terlalu menyucuk.
  4. Biasanya penemuduga tidak memandang makeup anda. Pakailah sekadar untuk menampakkan seri wajah dan penampilan diri yang anggun.
  5. Untuk kasut pula, pastikan anda memakai jenis yang menutup jari kaki. Warna hitam adalah yang paling sesuai untuk dipakai ketika temuduga.

Semoga perkongsian Tips Berpakaian Semasa Temuduga SPA ini dapat membantu anda menghadapi sesi temuduga dengan lebih yakin. Semoga berjaya buat semua.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives