Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018. Bilakah tarikh pembayaran bonus tahun 2018? Nampaknya kakitangan awam dan pesara kerajaan akan tersenyum lebar tahun ini. Mananya tidak, mereka akan menerima bantuan khas atau bonus seperti pengumuman PM di pembentangan Bajet 2018. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan akan menerima sejumlah RM1,500 sebagai bayaran khas tahun 2017 dan bayaran khas Aidilfitri tahun 2018. Pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas dengan jumlah RM750.
Pembayaran bayaran khas akan dibuat 2 kali iaitu pada awal Januari 2018 dan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018. Pembayaran bayaran khas kali ini adalah 3 kali lebih banyak berbanding pemberian beberapa tahun yang lepas yang hanya berjumlah RM500.
Bayaran Khas Tahun 2017 Dan Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan
Berikut adalah maklumat penting berkaitan jumlah dan Tarikh pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018 (Bayaran Khas) untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Kerjaaan. Pembayaran bayaran khas akan dibuat sebanyak 2 kali pada awal Januari 2018 dan menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018.
Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Ianya atas keperihatinan Kerajaan dalam menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara. Serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat
Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.
Jumlah Bayaran Khas
- Kakitangan awam : Bayaran Khas tahun 2017 sebanyak RM1,000 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM500. Jumlah sebanyak RM1,500
- Pesara Kerajaan : Bayaran Khas tahun 2017 sebanyak RM500 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM250. Jumlah RM750
Tarikh Pembayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam/ Pesara Kerajaan
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-.
- Tarikh Pembayaran Pertama : RM1,000 pada 8 Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
- Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018
Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu
- RM500 dibayar pada 8 Januari 2018 dan
- RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen berikut :-
- Pekeliling perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2017 (Bayaran Khas tahun 2017)
- Pekeliling perkhidmatan Bilangan 7 tahun 2017 (Bayaran Khas Aidilfitri 2018)
Semoga Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara 2018 boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan perbelanjaan menjelang permulaan persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri. Gunakan bantuan khas yang diberikan dengan penuh berhemah ketika keadaan ekonomi negara yang tidak menentu masa kini.