Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Kerajaan. Untuk makluman semua,cuti umum Perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Berita baik buat kakitangan awam dan pesara kerajaan yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2017 untuk kakitangan awam. Menurut kenyataan media yang telah dibuat pada 2 Jun 2017, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bonus Hari Raya Aidifitri 2017 sebanyak RM500 kepada kakitangan dan RM250 kepada pesara kerajaan. Berikut merupakan tarikh yang telah ditetapkan bagi pembayaran bantuan khas hari raya pada tahun ini.
Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Kerajaan
Berdasarkan maklumat dari Facebook Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.
“Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250”.
Pada tahun lepas, penjawat awam juga telah menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen).
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.
- Bayaran Untuk Kakitangan Awam sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
- Tarikh Bayaran : sebelum 9 Jun 2017
- Anggaran peruntukkan : RM1 bilion
Petikan Kenyataan Media KKM Bonus Raya 2017
Berikut adalah petikan siaran media Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pemberian bantuan khas Raya kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan.
SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
2 Jun 2017
Semoga perkongsian Tarikh Bayaran Bonus Hari Raya 2017 Kakitangan Kerajaan bermanfaat buat semua kakitangan awam. Diharapkan pemberian bonus tambahan ini dapat memudahkan persiapan Hari Raya Aidiliftiri anda. Selamat menajalani ibadah puasa dan berserdehanalah dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017.