- Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.
Gaji:
- Berdasarkan skim gaji sedia ada.
KEPERLUAN DOKUMEN
- Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.
- Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.
- Transkrip Akademik.
- Salinan Sijil SPM/SPMV.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.
- Sijil Berhenti Sekolah.
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.
- Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.
- Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
- Sekeping gambar berukuran pasport.
- Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan. Hanya calon-calon disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di Pusat Pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada :-
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA
CAWANGAN TENAGA KERJA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
(UNTUK PERHATIAN: SEL C)
Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, JaLan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti dinyatakan diatas.
Kepada mereka yang berminat untuk menjadi anggota tentera, sila ambil perhatian kepada maklumat yang dikongsikan ini untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan. Sila rujuk ke Laman Web Rasmi TDM dari masa ke semasa untuk maklumat pengambilan terkini.