Syarat Lantikan Sarjan Gred YA 5 SPA Beserta Gaji. Adakah hal berkaitan kepolisan menarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan Sarjan Gred YA 5 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Sarjan Gred YA 5 ini merupakan di antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusanDiploma. Apakah syarat permohonan Sarjan Gred YA 5?
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Sarjan Gred YA 5 secara rasmi. Anda boleh boleh melakukan pendaftaran pekerjaandengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Lantikan Sarjan Gred YA 5 : Jadual Gaji
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Sarjan Gred YA 5 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Sokongan
- GAJI MINIMUM : RM 1,711.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 5,199.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 150.00
Syarat Permohonan Sarjan
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan yang dikeluarkan melalui:
- Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam PerkhidmatanPolis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
- Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c) Kelayakan Akademik:
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji awal bermula pada Gred YA5); dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Syarat permohonan Sarjan Gred YA 5 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.