Syarat Lantikan Konstabel Gred YA 1 SPA Beserta Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Konstabel Gred YA 1? Sekiranya anda berkelulusan SPM dan merasakan bahawa pekerjaan sebagai anggota polis menarik minat anda, maka jawatan Konstabel Gred YA 1 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan syarat permohonan Konstabel Gred YA 1 yang memaparkan syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Konstabel Gred YA 1 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Lantikan Konstabel Gred YA 1 : Jadual Gaji
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Konstabel Gred YA 1 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Sokongan
- GAJI MINIMUM : RM 1,014.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 3,517.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Permohonan Konstabel Gred YA 1 SPA
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:
- Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan DalamPerkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
- Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c) Kelayakan Akademik:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YA5); dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Syarat Permohonan Konstabel Gred YA 1 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.