Syarat Kelayakan Latihan Jururawat SPA. Adakah hal berkaitan perubatan menarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Jururawat mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Jururawat ini merupakan antaralatihan separa perubatanyang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah syarat permohonan jururawat?
Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar akaun baru SPA8i. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Kelayakan Latihan Jururawat
Syarat Permohonan Jururawat (Latihan Separa Perubatan)
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma
- Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang bertugas untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalamPerkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.
Syarat Kelayakan Latihan Jururawat
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:
- 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
- 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- 1.Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
- 2.Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
- 3.Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
- 4.Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
- 5.Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
- 6.Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
- 7.Kolej Kejururawatan Melaka
- 8.Kolej Kejururawatan Muar, Johor
- 9.Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
- 10.Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
- 11.Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
- 12.Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
- 13.Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
- 14.Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
- 15.Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
- 16.Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
- 17.Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah
Berikut merupakan Syarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Jururawat:
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Semoga perkongsian Syarat Permohonan Jururawat dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.