Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Konstabel Orang Asli Gred YP 1? Sekiranya anda berkelulusan PMR/SRP dan merasakan bahawa pekerjaan sebagai anggota polis menarik minat anda, maka jawatan Konstabel Orang Asli Gred YP 1 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan syarat lantikan Konstabel Orang Asli Gred YP 1 yang memaparkan syarat lantikan dan jadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Konstabel Orang Asli Gred YP 1 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Lantikan Konstabel Orang Asli Gred YP 1 : Jadual Gaji
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Konstabel Orang Asli Gred YP 1 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Sokongan
- GAJI MINIMUM : RM 966.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,663.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 85.00
Syarat Lantikan Konstabel Orang Asli Gred YP 1 Di SPA
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:
- Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
- Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;
c) Kelayakan Akademik:
- Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YP1); dan
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.52 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 47.6 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46.2 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Sumber: Portal Rasmi SPA
Semoga perkongsian Syarat Lantikan Konstabel Orang Asli Gred YP 1 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.