Syarat Permohonan Penolong Pegawai Perubatan SPA. Adakah hal berkaitan perubatanmenarik minat anda? Sekiranya begitu, Latihan Penolong Pegawai Perubatan mungkin dapat menepati citarasa anda. Latihan Penolong Pegawai Perubatan ini merupakan antaralatihan separa perubatan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Apakah syarat kelayakan Penolong Pegawai Perubatan untuk memohon?
Sekiranya anda berminat dengan program Separa Perubatan SPA8i 2018 dan belum membuat pendaftaran pekerjaan, anda boleh berbuat demikian dengan pendaftaran pekerjaan kerajaan. Pendaftaran SPA8i adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perubatan SPA
Syarat Permohonan Penolong Pegawai Perubatan (Latihan Separa Perubatan)
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Kepujian (tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
Umur Calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Atau Diploma
- Calon lantikan terus mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Pegawai sedang bertugasuntuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan mestilah berusia tidak melebihi 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang bertugas (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan mestilah berusia 38 tahun atau kurang pada tarikh tutup permohonan.
Syarat Kelayakan Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:
- 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tempat Latihan:
- i.Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
- ii.Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
- iii.Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
- iv.Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak
Berikut merupakan Syarat Kelayakan untuk menyertai Latihan Penolong Pegawai Perubatan:
- Warganegara Malaysia
- Umur:
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan di tutup.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun semasa tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan:
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Syarat Kenaikan Pangkat
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hospital Rendah adalah layak dipertimbangkan Naik Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.
Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Perubatan dapat memberi faedah buat anda semua. Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan tahun 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan seterusnya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM di seluruh Malaysia.