Syarat Lantikan Konstabel Sokongan Gred YT 1 SPA Beserta Gaji. Adakah anda berminat untuk bekerja di sektor awam sebagai Konstabel Sokongan Gred YT 1? Sekiranya anda berkelulusan PMR/SRP dan merasakan bahawa pekerjaan sebagai anggota polis menarik minat anda. Maka jawatan Konstabel Sokongan Gred YT 1 merupakan di antara jawatan kerajaan yang layak dipohon. Berikut dikongsikan syarat kelayakan Konstabel Sokongan Gred YT 1 yang memaparkan syarat lantikan danjadual gaji.
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Konstabel Sokongan Gred YT 1 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8idi Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Syarat Kelayakan Konstabel Sokongan Gred YT 1 : Jadual Gaji
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Konstabel Sokongan Gred YT 1 adalah seperti di bawah.
Kumpulan : Sokongan
- GAJI MINIMUM : RM 852.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 2,408.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 85.00
Syarat Lantikan
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui:
- Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
- Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
c) Kelayakan Akademik:
- Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YT1); dan
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- d) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Syarat Kelayakan Konstabel Sokongan Gred YT 1 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.