Deskripsi Tugas Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 SPA Beserta Gaji. Sekiranya anda merupakan seorang pencintaalam sekitar, cubalah memohon pekerjaan sebagai seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41. Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 ini merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon jika anda berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Skop Tugas Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 SPA
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 termasukjadual gajiminimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera.
Antara tanggungjawab seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah seperti berikut:
Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:
- Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
- Keselamatan dan kualiti makanan.
- Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengurusan dan analisis data
- Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
- Merancang keperluansumber manusia, kewangan dan logistik
- Penyelidikan dan pembangunan
- Merancang program intervensi
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2, 429.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9, 656.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Jururawat Gred U41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Juga telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji awal bermula pada Gred U41 iaitu RM2, 429.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Selamat berusaha dan semoga berjaya kepada semua pemohon jawatan ini. Semoga perkongsian jadual gaji dan deskripsi tugas Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 ini dapat memberi manfaat.