Deskripsi Tugas Penguasa Imigresen Gred KP41SPA Beserta Gaji. Adakah hal berkaitan penguatkuasaan menarik minat anda? Sekiranya begitu, jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 mungkin dapat menepati citarasa anda. Jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 ini merupakan di antara jawatan kerajaan yang dapat dipohon sekiranya anda berkelulusan Ijazah/Sarjana/PHD. Apakah skop kerja atau senarai tugas Penguasa Imigresen Gred KP41?
Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Imigresen Gred KP41 secara rasmi. Anda boleh boleh melakukanpendaftaran pekerjaan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Senarai Tugas Penguasa Imigresen Gred KP41
Berikut dikongsikan Senarai Tugas Penguasa Imigresen Gred KP41 termasukjadual gajiminimum dan maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Kepada mereka yang berminat, adalah amat digalakkan untuk mendaftar dengan segera.
Senarai Tugas Penguasa Imigresen SPA Gred KP41
Antara tanggungjawab Penguasa Imigresen Gred KP41 adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional / Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Imigresen Malaysia
Jadual Gaji Penguasa Imigresen Gred KP41
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penguasa Imigresen Gred KP41 adalah seperti di bawah.
- GAJI MINIMUM : RM 2,081.00
- GAJI MAKSIMUM : RM 9,547.00
- KADAR PENINGKATAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 225.00
Syarat Lantikan
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41.
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
- a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c)
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM2,081.00); atau
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM 2,285.00);atau
- Ijazah Sarjana MudaUndang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred KP41 iaitu RM2,387.21).
Syarat Fizikal
- Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal seperti di bawah:
- e) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.53 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
- berat badan 48 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja);
- melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata;
- dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- e) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.
Sumber: SPA
Semoga perkongsian Senarai Tugas seorang Penguasa Imigresen Gred KP41 ini dapat dijadikan rujukan yang berguna buat semua. Selamat maju jaya kepada semua pemohon jawatan ini.