Deskripsi Tugas Dan Gaji Juruteknik Perubatan Gred U19. Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Juruteknik Perubatan Gred U19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Juruteknik Perubatan Gred U19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.
Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Juruteknik Perubatan Gred U19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.
Deskripsi Tugas Juruteknik Perubatan Gred U19
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Juruteknik Perubatan Gred U19.
- Bertanggungjawab untuk mengambil ukuran dengan cara acuan ataupun profil bagi semua kerja ortotik dan juga kerja yang diarahkan.
- Mengajar para pesakit cara menggunakan serta memasang alat-alat ortotik dengan betul, bagaimana untuk berjalan atau bergerak sepertimana yang dimahukan, serta langkah-langkah untuk memelihara alatan itu agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dapat bertahan dengan lebih lama.
Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Jadual Gaji Juruteknik Perubatan Gred U19
Berikut merupakan jadual gaji minima/ maksima serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Juruteknik Perubatan Gred U19.
- GAJI MINIMA : RM 1,360.00
- GAJI MAKSIMA : RM 4,052.00
- KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00
Syarat Lantikan – Senarai Tugas Juruteknik Perubatan
Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Juruteknik Perubatan.
- Calon bagi lantikan perlulah mempunyai ciri-ciri di bawah:
- Memiliki kewarganegara Malaysia;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang mendapat pengiktirafan Kerajaan serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu mata pelajaran sains pada peringkat peperiksaan itu.
(Gaji permulaan bagi Gred U19 iaitu RM1,360.00).
- Calon bagi lantikan juga mestilah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau apa-apa kelulusan setaraf yang mendapat pengiktirafan pihak Kerajaan.
Sumber SPA
Diharap agar perkongsian Deskripsi Tugas dan gaji Juruteknik Perubatan Gred U19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.