Deskripsi Tugas Arkitek Landskap Gred J41 Dan Tangga Gaji . Menjadi seorang arkitek merupakan salah satucita-citabagi kebanyakan pelajar di zaman persekolahan. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang arkitek landskap dalam sektorperkhidmatan awam, berikut dikongsikan Senarai Tugas Arkitek Landskap Gred J41 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Jawatan Arkitek Landskap Gred J41 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan berkelulusan Ijazah/ Sarjana/ PHD.
Pendaftaran pekerjaan Arkitek Landskap Gred J41 adalah melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar secepat mungkin.
Senarai Tugas Arkitek Landskap Gred J41 Dan Gaji
Secara asasnya, seorang Arkitek Landskap Gred J41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut :-
- Bertugas melakukan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan dan pengawasan projek. Juga mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap dan menyediakan ‘input’ kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenaigaris panduan serta perancangan dan projek-projek yang dijalankan oleh Jabatan.
Maklumat jawatan Arkitek Landskap Gred J41 dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau Jabatan Landskap Negara
Jadual Gaji Arkitek Landskap Gred J41
- Gaji Minimum : RM2,529.00
- Gaji Maksimum : RM9,643.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan Arkitek Landskap Gred J41
Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi Arkitek Landskap Gred J41.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- (a) warganegara Malaysia;
- (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- (c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred J41 iaitu RM2,529.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkatSijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Arkitek Landskap adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Sumber SPA
Amat lumayan juga gaji seorang Arkitek landskap di sektor perkhidmatan awam. Selamat mendaftar jawatan Arkitek landskap Gred J41 di Portal Rasmi SPA dan semoga berjaya.