Kos sara hidup yang kian meningkat dan kemerosotan ekonomi telah menyebabkan ramai yang tidak selesa dengan keadaan ini. Kebanyakan rakyat Malaysia menginginkan kenaikan gaji, dengan harapan dapat menikmati gaji yang tinggi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Oleh itu, Jobstore.com baru-baru ini ada mengeluarkan satu laporan gaji terbaru bagi tahun 2018/2019 berdasarkan kedudukan jawatan dan industri yang berlainan. Untuk panduan, berikut dikongsikan senarai pekerjaan gaji tertinggi di Lembah Kelang, Malaysia.
Jobstore.com juga menjelaskan bahawa laporan gaji tersebut akan membantu untuk memberi gambaran dan idea tentang pengambilan dan trend gaji oleh syarikat-syarikat pelbagai industri di Malaysia bagi tahun 2018/2019. Walau bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa gaji sebenar bagi jawatan-jawatan ini mungkin berbeza. Hal ini kerana ciri-ciri seperti permintaan pasaran dan bekalan, gred akademik, kemahiran yang unik dan pengalaman seseorang calon menjadi faktor-faktor penting yang dipertimbangkan majikan. Jobstore menghasilkan laporan gaji ini berdasarkan analisa penempatan pekerjaan daripada 22 kategori pekerjaan yang disenarai dalam Jobstore.com dan juga pekerjaan daripada lebih 20 pekerjaan yang ada di laman web pekerjaan rakan kongsi, survey gaji, trend pengambilan dan laporan industri.
Terdapat 11 kategori bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi daripada majikan bagi tahun 2018/2019. Antara yang terlibat adalah bidang tenaga mahir, strategik dan permintaan pasaran di Malaysia.
Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia Mengikut Industri
Berdasarkan laporan gaji yang dikeluarkan oleh Jobstore, kami telah menyusun senarai gaji daripada yang tertinggi hingga terendah. Dibahagikan kepada industri yang berbeza yang memberi tumpuan kepada kawasan tengah. Turut serta dikongsikan adalah penjelasan bagi setiap bidang pekerjaan yang meliputi contoh jawatan yang terlibat dan tugas yang dilakukan hari ke hari.
(Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi merujuk kepada pekerjaan disekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya)
Teknologi Maklumat
Dengan kepesatan ekonomi serta kecanggihan teknologi yang terus meningkat, maka permintaan terhadap pakar bidang ini serta produk hasilan mereka adalah amat tinggi. Oleh kerana penggunaan teknologi digital yang juga kian meningkat dalam kehidupan seharian kita. Merekalah yang sangat berkemahiran teknikal dalam menghadapi cabaran yang melibatkan teknologi maklumat seperti data, algorithm, dan koding. Mereka fokus dalam kefungsian dan estetik dimana mereka cipta dan baiki aplikasi dan program untuk komputer dan telefon pintar.
Tidak dapat dinafikan permintaan terhadap profesional seperti Jurutera Perisian atau Pakar Komputer dan Data adalah sangat tinggi dan kepakaran mereka dijustifikasi dengan gaji yang diperoleh mereka. Antara jawatan yang seringkali diperlukan bagi mengisi kekosongan adalah Saintis Data, Penganalisa Data, Jurutera Sekuriti Siber dan Pentadbir Pangkalan Data. Bidang ini selalunya memerlukan ijazah sarjana muda dalam sains komputer atau yang berkaitan.
Kesihatan dan Kecantikan
Sudah pasti semua orang akan memerlukan bantuan kesihatan apabila berlakunya kemalangan ataupun seseorang mengalami penyakit. Jadi, kepakaran dalam bidang ini sangat penting dan maka tidak hairan bayaran yang diperoleh pakar bidang ini adalah sangat tinggi. Mereka boleh menjadi penasihat, pembantu dalam hal kesihatan kita yang sangat penting ini.
Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi. Sektor ini sangat dominan dengan pekerjaan dalam bidang ER kecemasan, pembedahan dan kosmetik. Antara jawatan yang sangat penting dalam sektor ini adalah Pakar Pemakanan, Ahli Farmasi, Penasihat Kecantikan, Pengurus Spa dan Doktor Estetik.
Pembaikian, QA dan Logistik
Sektor pembaikian, penyelenggaraan, QA, dan logistik adalah amat penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Misalnya, di pelabuhan kontena amat memerlukan individu yang mahir dalam pengangkutan, pembaikian dan penghantaraan. Ianya adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Pekerja akan bekerja dalam persekitaran yang dipenuhi tekanan. Tetapi hasilnya, gaji yang ditawarkan adalah sangat lumayan.
Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi. Antara jawatan yang disandang kebanyakan yang terlibat adalah Penyelaras Perkapalan, Penyelia Gudang, Pengawal Inventori, Penyelia Logistik, Pengurus QA, Pengurus Perolehan dan Pengurus Rantaian Bekalan.
Kejuruteraan dan Sains
Kejuruteraan tidak hanya tertumpu kepada sistem mekaniks. Terdapat pelbagai lagi cabang kejuruteraan yang amat kritikal dalam menangani masalah kehidupan seharian seperti elektrik, elektronik, kimia, awam, pengeluaran, telekomunikasi dan petroleum. Permintaan terhadap perkhidmatan para pakar bidang ini amatlah tinggi oleh kerana terdapat pelbagai isu semasa yang memerlukan penyelesaian mereka. Bagi ahli Sains, merekalah yang berperanan membangunkan teori sains untuk digunakan para jurutera untuk menyelesaikan masalah dunia.
Antara pekerjaan Kejuruteraan dan Sains yang menjadi minat ramai adalah Juruteknik Pengeluaran, Penyelia Tapak, Jurutera Kimia, Juruukur Bahan, Jurutera Kanan Tapak dan Pengurus R&D.
Perniagaan, Jualan dan Pemasaran
Pakar perniagaan adalah antara pekerjaan yang membuahkan hasil yang lumayan atas kerja keras yang dilakukan. Ahli perniagaan memainkan peranan penting terhadap menjana pendapatan untuk sesebuah syarikat perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang makin sengit. Mereka mahir dalam menggunakan penjenamaan dan lapangan digital sebagai pendekatan untuk meningkatkan jumlah pelanggan.
Antara jawatan yang sering menjadi pilihan ramai pekerja adalah Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan, Pembantu Runcit, Pengurus Pemasaran Digital, Pengurus Jualan, Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pengarah Jualan Serantau.
Pendidikan, Pelatihan dan HR
Pendidikan sudah semestinya satu kerjaya yang memerlukan individu yang komited. Budi dan pengorbanan seorang pendidik amat tidak ternilai dan betapa pentingnya mereka dalam mencorak masa depan ekonomi negara. Kerajaan seringkali memperbaiktaraf sektor pendidikan di negara ini. Oleh itu, golongan pendidik sangat diperlukan lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai bakat dalam memberi tunjuk ajar kepada bakal para pemimpin masa depan. Pekerjaan sebagai pendidik mereka untuk mengajar, memperbaiki sillabus pembelajaran, dan mengawas peperiksaan.
Pengurusan sumber manusia (HR) pula adalah satu ‘profesion’ yang disanjung tinggi dalam sesebuah organisasi. Pakar HR amatlah penting dalam mengurus dan mentadbir pekerja dalam sebuah organisasi. Antara pekerjaan yang terlibat adalah Pembantu HR, Eksekutif Gaji (Payroll), Pensyarah, Pengurus Pengambilan Pekerja, Pengurus Latihan dan Pengambilan, dan Pengarah HR.
Perakaunan dan Kewangan
Oleh kerana kemunculan Teknologi Automasi yang kian meluas dalam mengambil alih pekerjaan sektor perakaunan, selari dengan matlamat Industri Revolusi 4.0, permintaan terhadap pekerja dalam bidang ini tidak begitu memberansangkan. Namun begitu, masih terdapat syarikat perniagaan yang memerlukan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk membantu mereka mengurus kewangan dan mengawal prestasi kewangan mereka.
Sudah semestinya, individu yang mahir dalam pengurusan risiko kredit dan kewangan dalam syarikat amatlah penting bagi menentukan naik turun prestasi kewangan syarikat. Mereka juga cekap menghasilkan laporan kewangan dan prestasi syarikat. Oleh itu, sudah pasti permintaan terhadap golongan ini masih lagi kukuh. Antara pekerjaan yang terlibat adalah Eksekutif Kewangan, Pembantu Audit, Eksekutif Akaun, Penganalisa Kewangan, Pengurus Cukai, Pengurus Kawalan Kredit dan Penasihat Kewangan.
Perundangan, Awam dan Keselamatan
Pekerjaan dalam bidang perundangan, awam keselematan bukan merupakan antara kerja yang berpendapatan lumayan buat masa ini kalau dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Walau bagaimanapun, sektor ini tetap menjadi satu pekerjaan yang berkat dari segi moral dan mempunyai permintaan yang tinggi terhadap mereka yang sangat pakar dalam undang-undang.
Antara jawatan yang terlibat adalah Eksekutif Undang-Undang, Setiausaha Penolong Syarikat, Peguam Undang-Undang, Naib Presiden Undang-Undang, dan Ketua Pematuhan (Compliance).
F&B, Hospitaliti dan Pelancongan
F&B dan tourism adalah satu industri yang sangat penting untuk mengukur kekukuhan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana faktor ini sangatlah berperanan penting dalam meningkatkan permintaan terhadap mata wang negara dan sekali gus meningkatkan nilainya. Pekerjaan di bawah industri F&B bukan yang terbaik dari segi pendapatan tetapi tetap menjadi satu pekerjaan yang mempunyai permintaan terhadap pekerja mahir.
Walau bagaimanapun, bidang ini tidak pernah kesunyian dan sering mendapat sambutan. Ianya termasuk keperluan awam seperti makanan dan minuman, hospitaliti dan tarikan pelancongan seperti muzium dan tempat warisan. Jadi, oleh kerana terdapat semangat keusahawanan tinggi yang berleluasa, peluang pekerjaan masih terbuka luas dan ada majikan yang mahukan pekerja yang handal dan sesuai dalam melakukan tugas yang ditetapkan.
Antara jenis pekerjaan yang sering mempunyai kekosongan di setiap tempat adalah Pembantu Chef, Krew Dapur, Pelayan Pelanggan, Tukang Masak Restoran, Pengurus Restoran, Pengurus Hotel dan Pengurus Besar Hotel.
Pentadbiran dan Pengkeranian (Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi)
Ini merupakan satu pekerjaan yang sangat asas dan menjadi sinonim dalam kalangan lapisan masyarakat. Pekerjaan yang terlibat adalah kerja-kerja seharian ahli jabatan sesuatu organisasi seperti pengkeranian. Pekerjaan di sektor ini kebiasaannya tidak memerlukan kelayakan pendidikan tinggi seperti ijazah untuk memohon.
Antara pekerjaan yang terlibat adalah Kerani Pentadbiran, Penyambut Tetamu (Receptionist), Pengawal Dokumen, Pembantu Peribadi, Setiausaha dan Pengurus Pejabat.
Seni, Reka Cipta dan Hiburan
Walaupun industri ini merupakan yang sering diwar-warkan sebagai industri peneraju masa depan rakyat, tetapi ganjaran yang ditawarkan tidak begitu lumayan berbanding kerjaya industri lain. Kerja yang terlibat adalah seperti mereka bentuk watak permainan video dan filem, membuat video, mengarah filem dan juga melakar reka bentuk dalaman rumah.
Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi. Antara pekerjaan yang terlibat adalah Pereka Dalaman, Jurureka Grafik, Jurureka Grafik Gerakan 2D & 3D , Pereka Pengalaman Pengguna (UX), Animator, Pelukis dan Pengarah Kanan Seni.
Jadual Laporan Gaji
BIL. | KATEGORI PEKERJAAN | TAHAP | PENGALAMAN | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM |
---|---|---|---|---|---|
1. | Teknologi Maklumat | Fresh Grad | 0-4 tahun | RM2,500 | RM3,800 |
Junior Executive | 1-3 tahun | RM3,000 | RM6,000 | ||
Senior Executive | 3-10 tahun | RM4,000 | RM7,000 | ||
Pengurus | 6-12 tahun | RM8,000 | RM20,000 | ||
Pengarah / Pengurus Kanan | 8-25 tahun | RM15,000 | RM40,000 | ||
2. | Kesihatan / Kecantikan / Kecergasan | Fresh Grad / Junior Executive | 0-5 tahun | RM1,800 | RM4,000 |
Senior Executive | 3-10 tahun | RM3,000 | RM5,000 | ||
Pengurus | 3-15 tahun | RM5,000 | RM100,000 | ||
Pengarah | 10 tahun dan ke atas | RM10,000 | RM30,000 | ||
3. | Pembaikian / QA / Logistik | Fresh Grad / Junior Executive | 0-5 tahun | RM2,500 | RM3,500 |
Senior Executive | 2-5 tahun | RM4,000 | RM6,000 | ||
Pengurus | 5-12 tahun | RM7,000 | RM19,200 | ||
Pengurus Kanan | 8-12 tahun | RM10,000 | RM25,000 | ||
Pengarah | 10 tahun dan ke atas | RM20,000 | RM40,000 | ||
4. | Kejuruteraan / Pembinaan / Sains / R&D | Fresh Grad | 0-3 tahun | RM1,500 | RM4,000 |
Junior / Senior Executive | 2-8 tahun | RM4,000 | RM11,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM5,000 | RM30,000 | ||
Pengarah / Pengurus Kanan | 8 tahun dan ke atas | RM15,000 | RM40,000 | ||
5. | Perniagaan / Jualan / Pemasaran | Fresh Grad / Junior Executive | 0-2 tahun | RM1,800 | RM4,000 |
Senior Executive | 1-7 tahun | RM2,500 | RM15,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM3,000 | RM40,000 | ||
Pengarah / Pengurus Kanan | 8 tahun dan ke atas | RM12,500 | RM30,000 | ||
6. | Pendidikan / Pelatihan / HR | Fresh Grad | 0 tahun | RM1,800 | RM2,500 |
Junior / Senior Executive | 1-8 tahun | RM2,500 | RM7,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM5,000 | RM15,000 | ||
Pengurus Kanan | 7-15 tahun | RM10,000 | RM16,000 | ||
Pengarah | 15 tahun dan ke atas | RM15,000 | RM35,000 | ||
7. | Perakaunan / Audit / Kewangan | Fresh Grad / Junior Executive | 0-4 tahun | RM2,500 | RM3,500 |
Senior Executive | 2-7 tahun | RM3,000 | RM10,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM6,000 | RM17,000 | ||
Pengurus Kanan | 5-10 tahun | RM5,000 | RM22,000 | ||
Pengarah | 10 tahun dan ke atas | RM12,000 | RM30,000 | ||
8. | Perundangan / Awam / Keselamatan | Junior Executive | 0-4 tahun | RM2,800 | RM4,000 |
Senior Executive | 2-6 tahun | RM3,000 | RM6,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM10,000 | RM17,000 | ||
Pengarah | 8 tahun dan ke atas | RM10,000 | RM25,000 | ||
9. | F&B / Hospitaliti / Pelancongan | Fresh Grad / Junior Executive | 0-5 tahun | RM1,500 | RM2,800 |
Senior Executive | 2-5 tahun | RM2,300 | RM5,000 | ||
Pengurus | 5 tahun | RM3,000 | RM8,000 | ||
Pengurus Kanan | 4-10 tahun | RM5,000 | RM6,500 | ||
Pengarah | 4-10 tahun | RM10,000 | RM20,000 | ||
10. | Pentadbiran / Pengkeranian | Fresh Grad | 0-1 tahun | RM1,800 | RM3,000 |
Junior / Senior Executive | 2-10 tahun | RM2,000 | RM9,000 | ||
Pengurus | 5-10 tahun | RM5,000 | RM10,000 | ||
11. | Seni / Reka Cipta / Hiburan | Fresh Grad / Junior Executive | 0-3 tahun | RM2,000 | RM5,000 |
Senior Executive | 3-6 tahun | RM3,000 | RM6,000 | ||
Pengurus / Pengurus Kanan | 6-12 tahun | RM5,000 | RM8,000 |
Sumber: Jobstore
Nota: Gaji minimum dan maksimum adalah gaji bulanan dan boleh termasuk Bonus dan Komisyen.
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai pekerjaan gaji tertinggi di Malaysia, sila rujuk di Laporan Gaji Jobstore
Diharap agar perkongsian Senarai Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia ini dapat menjadi manfaat buat semua majikan dan pencari kerja. Semoga anda berjaya dalam kerjaya masing-masing.