Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis Secara Online. Perhatian buat mereka yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA). Adakah anda tertanya-tanya apakah dia Jawatan yang boleh dipohon di SuruhanjayaPasukan Polis? Berikut dikongsikan Senarai Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditawarkan dan boleh dimohon dalam perkhidmatan awam.
Jika anda berminat untuk mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Pasukan Polis secara rasmi, pendaftaran dapat dilakukan dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.
Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Berikut adalah senarai jawatan kosong kerajaan (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) yang boleh dipohon mengikut kelulusan/ kelayakan adalah seperti berikut :-
- Ijazah/ Sarjana/ PHD
- Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
- SPM SPMV SPM (V) & Sijil
- PMR
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
- Suruhanjaya Pasukan Polis
Senarai Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis Di SPA
Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah Senarai Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis buat panduan pemohon :-
BIL. | NAMA JAWATAN |
---|---|
1. | Inspektor Gred YA 13 |
2. | Sarjan Gred YA 5 |
3. | Konstabel Gred YA 1 |
4. | Konstabel Sokongan Gred YT 1 |
5. | Konst. Orang Asli Gred YP 1 |
Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan PT3 dan PMR
MenurutPortal Rasmi SPA, calon yang memohon Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
- Skim Perkhidmatan bagi jawatan yang dikeluarkan melalui:
- Surat Perlaksanaan Pindaan Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia rujukan JPA(S)(BPO) 324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013; dan
- Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimun Bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia rujukan JPA.SARAAN(S)256/21/17-6 Jld.4 bertarikh 29 Oktober 2013.
Kelonggaran syarat tambahan yang diperolehi daripada JPA bagi urusan pengambilan dalam PDRM sepertimana surat JPA rujukan: JPA.BPO(S)234/14/6-1 Jld.26 (6) s.k (6) bertarikh 30 April 2014.
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Mencapai umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
Syarat Fizikal
- tinggi tidak kurang dari 1.63 meter untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa bersepatu;
- berat badan tidak kurang dari 50 kilogram untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan;
- memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26;
- memiliki 81 sentimeter atau lebih ukuran lilitandada yang biasa serta 86 sentimeter sewaktu menghela nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa atau dengan memakai alat bantuan (kaca mata atau kanta lekap);
- mengenali warna dan bunyi dengan baik; dan
- diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis ini dapat dijadikan sebagai panduan buat pencari kerja sebelum memohon. Moga anda akan berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam yang dihajatkan.