Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Lulusan Sijil Matrikulasi Yang Boleh Dipohon. Perhatian buat lulusan Sijil Matrikulasi yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA). Sekiranya anda adalah Lulusan Sijil Matrikulasi, pasti anda ingin tahu Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Lulusan Sijil Matrikulasi yang layak untuk dipohon oleh anda. Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dipohon dalam sektor perkhidmatan awam bagi pelajar lulusan Sijil Matrikulasi.
Oleh itu, pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pusat pengajian tinggi melalui Permohonan UPU Online dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.
Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online
Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-
- Ijazah/ Sarjana/ PHD
- Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
- SPM SPMV SPM (V) & Sijil
- PMR
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
- Suruhanjaya Pasukan Polis
Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Lulusan Sijil Matrikulasi Yang Boleh Dipohon
Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon Lulusan Sijil Matrikulasi :-
Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan Sijil Matrikulasi
Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari Lulusan Sijil Matrikulasi dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, perlu mematuhi garis panduan seperti berikut:
- Kelayakan memohon jawatan di Gred 29 adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016, Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.
- Gaji awal bagi calon yang mempunyai kelayakan Sijil Matrikulasi KPM adalah pada gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan yang berkaitan.
- Bagi jawatan Penghulu, kelayakan yang diperlukan adalah Sijil Matrikulasi dan memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkenaan. Juga terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan (Gaji permulaan ditetapkan pada RM1,846.15).
Semoga Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan Sijil Matrikulasi ini boleh dijadikan panduan buat pencari kerja sebelum memohon. Moga anda akan berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam yang dihajatkan.