Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Yang Boleh DiPohon Oleh Lulusan SPM Dan Sijil. Perhatian buat lepasan SPM yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA). Apakah Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil? Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar lepasan SPM/ Sijil.
Oleh itu, pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pusat pengajian tinggi melalui Permohonan UPU Online dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.
Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online
Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-
- Ijazah/ Sarjana/ PHD
- Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
- SPM SPMV SPM (V) & Sijil
- PMR
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
- Suruhanjaya Pasukan Polis
Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil Yang Boleh Dipohon
Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah senarai jawatan yang terdapat dan boleh dipohon oleh calon lepasan SPM/ SPMV/ SPM (V) dan Sijil :-
BIL | JAWATAN | BIL | JAWATAN | BIL | JAWATAN |
---|---|---|---|---|---|
1 | Juruaudio Visual Gred N17 | 26 | Pembantu Keselamatan Gred KP17 | 51 | Pembantu Perpustakaan Gred S17 |
2 | Jurubahasa Gred L17 | 27 | Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 | 52 | Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 |
3 | Jurulatih Kawad Gred S17 | 28 | Pembantu Laut Gred A17 | 53 | Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 |
4 | Jururawat Masyarakat Gred U19 | 29 | Pembantu Makmal Gred C17 | 54 | Pembantu Syariah Gred LS19 |
5 | Juruteknik Komputer Gred FT17 | 30 | Pembantu Makmal Filem Gred C17 | 55 | Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 |
6 | Juruteknik Perubatan Gred U19 | 31 | Pembantu Meteorologi Gred C17 | 56 | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 |
7 | Laskar Kelas II Maritim Gred XA1 | 32 | Pembantu Muzium Gred S17 | 57 | Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17 |
8 | Merinyu Tali Air Gred J17 | 33 | Pembantu Pegawai Latihan Gred E17 | 58 | Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) |
9 | Pegawai Bomba Gred KB17 | 34 | Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / | 59 | Pemeriksa Cap Jari Gred N17 |
10 | Pegawai Imigresen Gred KP17 | Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 60 | Pemeriksa Kereta Motor Gred A17 | |
11 | Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 | 35 | Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 | 61 | Pengajar Membalak Gred G17 |
12 | Pegawai Penjara Gred KX17 | 36 | Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 | 62 | Pengawal Keselamatan Gred KP11 |
13 | Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA17 | 37 | Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J17 | 63 | Peniup Kaca Gred N17 |
14 | Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA17 | 38 | Pembantu Pemuliharaan Gred S17 | 64 | Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 |
15 | Pembantu Akauntan Gred W17 | 39 | Pembantu Pendaftaran Gred KP17 | 65 | Penyelia Asrama Gred N17 |
16 | Pembantu Antidadah Gred S17 | 40 | Pembantu Penerangan Gred S17 | 66 | Penyelia Jurupakaian Gred N17 |
17 | Pembantu Arkib Gred S17 | 41 | Pembantu Penerbitan Gred N17 | 67 | Renjer Hutan Gred G17 |
18 | Pembantu Belia dan Sukan Gred S17 | 42 | Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 | ||
19 | Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17 | 43 | Pembantu Penguatkuasa Gred N17 | ||
20 | Pembantu Geosains Gred C17 | 44 | Pembantu Penilaian Gred W17 | ||
21 | Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 | 45 | Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 | ||
22 | Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 46 | Pembantu Penyelidik Gred Q17 | ||
23 | Pembantu Juruaudit Gred W17 | 47 | Pembantu Penyelidik Sosial Gred N17 | ||
24 | Pembantu Kemahiran Gred H17 | 48 | Pembantu Perangkaan Gred E17 | ||
25 | Pembantu Kesatria Gred S17 | 49 | Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S17 | ||
50 | Pembantu Perikanan Gred G17 |
Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM
Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam. Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian. Dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan seperti berikut:
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Gred KP17 Pembantu Pertahanan Awam
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Semoga Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan buat pencari kerja sebelum memohon. Moga anda akan berjaya mendapat pekerjaan di sekyot awam yang dihajatkan.
2 Comments
Tolong kongsikan kerja terbaru dengan saya,sebab saya memerlukan pekerjaan,dan saya hanya mempunyai lulusa upsr,pt3 dan juga SPM sahaja
saya just level spm jer…itupun lulus dgn 1 credit jer…apakah jenis pkrjaan yg sesuai utk saya mohon kt spa yer….