Semakan Keputusan Temuduga PDRM Melalui Sistem Semakan Online (SSO). Perhatian buat mereka yang telah membuat permohonan jawatan kosongPolis DiRaja Malaysia (PDRM). Berikut dikongsikan maklumat semakan status permohonan Polis secara online meliputi semakan keputusan panggilan temuduga terkini. yang boleh disemak di Sistem Semakan Online (SSO). Selain semakan untuk Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM, Sistem semakan SSO ini boleh juga digunakan oleh pengguna untuk membuat semakan Saman Trafik, Semakan Status Keputusan Repot Polis dan Status Permohonan Lesen Am.
Untuk makluman mereka yang berminat untuk menjadiseorang Polis, adalah dimaklumkan yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM. Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan serta pendaftaran jawatan kosong PDRM – Polis DiRaja Malaysia melalui Borang SPA8i.
Cara Semak Keputusan Permohonan PDRM Online
Berikut dikongsikan maklumat terkini semakan panggilan temuduga Polis seperti dikongsikan dariFacebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM. Sebelum dapat membuat semakan di Sistem SSO. pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu. Setelah mendaftar, pengguna boleh log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Semakan Status Permohonan Polis Secara Online (PDRM)
Menerusi makluman FB Unit Pengambilan PDRM, adalah memaklumkan bahawa Semakan status panggilan temuduga PDRM terkini tahun 2019 boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO). Semakan keputusan untuk panggilan temu duga adalah bagi jawatan :
- Konstabel YA1 ( Lelaki )
Calon-calon yang telah menduduki Ujian Integriti Tahun 2018/2019 dikehendaki menyemak status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Pengambilan Polis Diraja Malaysia Tahun 2019 anda bermula pada 10 September 2019.
Calon boleh membuat semakan di pautan berikut:
Maklumat Penting Temuduga PDRM
Berikut dikongsikan maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh calon-calon yang terpilih :-
- Calon hendaklah mencetak surat panggilan Temu Duga Lisan
- Hadir pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan dalam surat panggilan (Lokasi dan tarikh tidak dibenarkan untuk ditukar oleh calon)
- Calon perlu berada di lokasi temu duga sebelum pukul 7.30 pagi
- Semua keperluan yang dinyatakan dalam surat panggilan sewaktu menghadiri Temu Duga Lisan perlu disediakan iaitu:
- Maklumat peribadi dua (2) orang ahli keluarga terdekat (Bapa saudara, Ibu Saudara atau sepupu yang mempunyai pertalian darah)
- Maklumat peribadi dua (2) orang rakan karib/rapat (hubungan lima (5) tahun ke atas)
- Tatacara pemakaian calon adalah seluar slack hitam, berkemeja putih, bertali leher hitam, dan bersepatu hitam serta;
- Dilarang sama sekali memakai kemeja-T, seluar jeans dan selipar
Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Baru (Warga Malaysia Sahaja) Sistem Semakan Online (SSO)
Maklumat Akaun
- Sila masukkan alamat e-mel yang sah. Pihak Admin akan menggunakan e-mel ini sebagai medium untuk notifikasi dan pengaktifan akaun buat pertama kali.
Soalan Keselamatan Kata Laluan
- Jawapan kepada soalan keselamatan akan membenarkan anda menerima kata laluan melalui e-mel.
- Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan.
Selamat membuat Semakan Status Permohonan Polis (PDRM) secara online. Tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Polis seterusnya diterima menganggotai pasukan Polis.